Sunday 16 October 2022

Half of 20's (Part 1)

Assalammualaikum🐼 

Its been so long dear blog haha. aku rasa dah berhabuk dengan🕷web dah blog ni. Tapi here I am, felt like writing again. kenapa? sebab my mind is full of thoughts lately. and im not too young to write and record something on tik toks or whatsoever application they use nowadays. boleh kata cek dah tua and im more comfortable using blog. so, back to reason why im try to write again. Half of the20's. senang cerita masa masuk 25 tahun, start fikir nak sambung belajar. just want to share the lonely journey that i had until last year. Macam mana boleh terfikir nak sambung? aku pun tak tahu haha. tapi yang aku tahu masa tu aku dah puas duduk rumah and mintak kerja pun tak ada yang lekat so abg aku offer tak nak sambung ke? cek pun apa lagi try lah cari2 then sampai lah kawan aku recommend ada lecturer tengah cari student. so sis pergi interview and dapat lah sambung tapi masa tu aku tak register lagi. juz dah start lah buat research project masa tu. Tapi aku susah lah nak adapt nak2 dengan research yang memamg tak kena dengan expertise dan apa aku belajar masa degree dulu. sangat lah susah. 

To make it worse, sambung master tak sama dengan masa sambung degree. Ramai kawan untuk kau sambung mengadu, banyak tempat nak luah. then dapat pulak sv yang sentiasa sibuk and aku rasa masa tu macam semua aku kena buat dengan projek yang sangat besar sampai aku hilang berat yang sangat ketara masa tu, kawan aku semua kata aku kurus gila. masa tu lah masa tu haha. Anyway, aku tak give up and officially register as master student september 2017. maka bermula lah one hell of a ride masa tu. seriously hari2 rasa nak berhenti sambung belajar. Dan masa penghujung tahun 2017, aku nak berhenti dengan masa tu ayah sakit teruk and aku dah takdek semangat nak teruskan actually. masa tu labmates aku semua perasan and mintak aku cerita apa masalah sampai nangis2. then, aku cakap lah aku nak berhenti tapi dila, member utm call aku masa tu then cakap 'tak yah lah berhenti jah. sayang' 

Zaman kurus 2017😆

Then, lama punya fikir, aku fikir nak tukar fakulti and sv. tapi nak tukar tu punya lah susah, tak yah cakap macam2 dugaan kene hadap. siap naik pejabat dekan lagi. Tapi alhamdulillah dapat tukar and dapat buat research yang aku plan sendiri dengan bantuan sv yang baru masa tu. puas hati and dah tak stress dah. Not much but it is still my research and benda yang paling aku suka buat and baca, plant tissue culture. start 2018, maka bermulalah balik journey dekat fakulti baru buat tissue culture balik. masuk lab hampir tiap hari jugak masa tu. berselang seli dengan dah start writing tesis and review paper (yang masih diperam sampai sekarang tapi dr ada kata nak hantar elsevier. doakan huhu). 

Pemandangan depan fakulti kesayangan 

Tahun 2018 aku berjayalah multiply pokok aku banyak2 so untuk objective pertama tercapai💃. Tapi kene guna plant hormone yang sangat mahal but dalam small amount of concentration to make it happen. Tpi paling tricky subculture pokok yang banyak sbb kadang2 kalau tak sub, pokok akan contaminate and habis lah sample cek. then, masa tu dah start lah buat callus, callus ni sangat lah penting  untuk aku proceed ke experiment seterusnya which is yang paling tricky, cell suspension. tapi dugaannya masa tu ya Allah, callus banyak mati😓. Tapi aku try lah repeat balik. sumpah nak kena buat research babitkan benda hidup ni sangatlah menguji kesabaran. ok. sabar buat subculture. sabar menunggu sebab ye lah. nak paksa tumbuh cepat2 pun tak boleh jugak. Kita bukan Tuhan. 

Kenangan bersama labmates di makmal kultur tisu 

Then, awal tahun 2019, dr suruh bentang proposal, ok lah bentang sebab sangat penting dan mmg wajib kene bentang. ya Allah present dalam dewan besar and aku rasa macam aku lah antara student yang banyak kene tanya and siap kena lukis lagi kat depan. Lol. fikir macam kene mengajar pulak masa tu. but Alhamdulillah, passed. Bersyukur dapat sv yang sangat membantu and labmates yang bersusah payah sama2 masa tu. Ha back lah to masuk lab balik, buat callus yang tak jadi2 tu sampai aku rasa fed up. mmg stuck kat situ jugak. thankfully lepas kali ke berapa dah repeat dah ada result tapi tu lah aku rasa macam tak cukup untuk aku bentang untuk exit seminar. Tapi dr kata, bentang je apa yang ada. aku bentang lagi pada tahun yang sama tapi masa ni tak kat dewan besar dah tapi still ramai jugak lecturer yang tengok aku bentang masa tu. Blame the time masa aku present hemm. Tapi deme boleh tanya cek pasal cell suspension yang tak buat lagi masa tu. wehh memang aku pakai jawab je hemmm. tapi dah habis tu lega ya Rabbi and alhamdullilh passed with flying color(uhuk haha)💁.

Selepas bentang untuk exit seminar 2019


Ingat dah habis? No.😭tak cukup lagi data untuk aku proceed siapkan tesis and untuk viva. Callus tak banyak. Ya Allah mmg masa tu aku macam nak stop dah. kau ingat aku tak nak berhenti. tiap2 hari rasa nak berhenti tapi fikir dah sejauh tu hemm. Teruskan jelah. And i need to pay grf yang aku dapat masa aku first sem kalau aku berhenti, so salah satu sebab untuk teruskan jugak. Fikir punya fikir, last2 aku baca balik paper lain and decide untuk tak buat cell suspension sebab callus tak banyak. Fikir buat antioxidant study babitkan wild plant and bandingkan dengan tissue culture punya plant with all the antioxidant testing menthods yang ada. Bincang dengan dr and alhamdulillah dr approve untuk experiment yang last tu. tapi aku tak familiar sangat dengan antioxidant studies sebenarnya. Study lah lagi and yes dah nama student kan. kena lah study and kebanyakkannya buat sendiri. 

Start lagi one hell of a ride. tapi tu nanti kita sambung part 2 pulak. panjang pulak naa haha. Macam boring tapi tulah yang aku buat masa tu. tak sempat fikir benda lain. tak sempat nak cari pakwe pun hahaha. ok duty calls. Kena stop. sambung part 2 pulak ye. Pyongg. 👋



No comments:

Post a Comment

Half of 20's (Part 1)

Assalammualaikum🐼  Its been so long dear blog haha. aku rasa dah berhabuk dengan🕷web dah blog ni. Tapi here I am, felt like writing again....